fbpx

Baru dua hari kehilangan bapa, Ebit Lew teruskan ‘misi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit semasa menyampaikan bantuan di CAC Titiwangsa di sini pagi tadi.

tPETALING JAYA – Meskipun baharu sahaja kehilangan bapa tercinta dua hari lalu, namun pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew terus meneruskan misinya membantu orang ramai.

Menerusi perkongsian terbaru di laman Facebook hari ini, beliau telah turun padang menyantuni masyarakat dan merasmikan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Titiwangsa.

Pada masa masa, Ebit telah menyumbang beberapa peralatan di CAC tersebut antaranya ‘canvas’ bed 100 unit, peralatan perlindungan diri (PPE) 200 unit, laptop tiga unit, tablet Tab A 10 unit dan kipas 10 unit.

“Terharu, sebak sangat dengan pengorbanan doktor, jururawat, pembantu perubatan (MA), petugas Kementerian Kesihatan (KKM), sukarelawan bagi membantu misi negara ini.

“Besarnya pengorbanan mereka, setiap hari pakai baju PPE, kerja yang setiap hari semakin berat. Ya Allah, semoga Allah beri kekuatan pada semua doktor, jururawat, MA, dan frontliner negara,” katanya pada hantaran tersebut.

Pada masa masa Ebit turut mendoakan agar Allah S.W.T mengangkat Covid-19 dari negara kita dan semoga Allah membantu mereka yang memerlukan.

Susulan hantaran itu, pelbagai reaksi dan komen yang telah ditinggalkan oleh pengguna Facebook di ruangan komen.

“Terima kasih banyak-banyak Ustaz Ebit Lew kerana cakna dan prihatin dengan kesengsaraan yang dialami oleh seluruh rakyat malaysia.

“Semoga Allah juga membalas dengan kebaikan, diatas segala perbuatan baik ustaz di dunia dan akhirat, aminn,” tulis Sue Jija pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nur Fatihah.

“Bangga dengan ustaz, kuatnya hatimu, baru kehilangan ayah tercinta tetapi tetap teruskan perjuangan untuk bantu kami.

“Moga Allah sentiasa lindungi ustaz dunia akhirat, sejuta dalam satu, insan yang terpilih,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI