fbpx

Tiga bot nelayan Vietnam ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga bot nelayan Vietnam yang ditahan APMM di perairan Terengganu kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan tiga lagi bot nelayan Vietnam yang mencerobohi perairan Terengganu pada kelmarin.

Seramai 24 nelayan Vietnam berusia dalam lingkungan 21 hingga 52 tahun yang merupakan kru tiga bot berkenaan ditahan ketika sedang asyik mengaut hasil laut pada kedudukan 40 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, ketiga-tiga bot nelayan Vietnam itu ditahan Kapal Maritim (KM) Nusa yang sedang melakukan rondaan penguatkuasaan di sekitar perairan Terengganu.

“Pemeriksaan mendapati kesemua bot nelayan Vietnam tersebut telah mengaut 5.5 tan hasil laut dipercayai diambil dari perairan negara selain membawa 3,500 liter minyak diesel.

“Mereka juga disyaki menggunakan mata pukat lebih kecil daripada 38 milimeter (mm) yang merupakan kesalahan perikanan di negara ini,” katanya di sini hari ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI