fbpx

TGCR beri sumbangan hasil tani segar kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuan (tiga dari kiri) menunjukkan sumbangan hasil tani yang siap dipek untuk dihantar ke rumah kebajikan dan NGO.

PETALING JAYA – Tropicana Corporation Bhd. melalui sayap kebajikannya, Yayasan Tropicana telah menyumbang lebih daripada 2,000 kilogram (kg) hasil tani segar dari kampung kepada 10 rumah kebajikan dan badan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Lembah Klang.

Bekerjasama dengan Purple Pumpie and Greenhouse, Kumpulan Tropicana telah menguruskan sendiri pelbagai hasil tani segar dari kampung se­perti ikan patin segar, ayam, tomato, bayam, kangkung, te­rung dan jagung manis.

Kesemua hasil tani itu boleh menampung keperluan kira-kira 1,000 orang dalam masa seminggu.

Pengarah Urusan Tropicana Golf & Country Resort (TGCR), Peter Kuan melahirkan penghargaan dan merakam ucapan terima kasih kepada kakita­ngan dan berharap usaha ini dapat dite­ruskan untuk membantu golongan yang tidak berkeupayaan.

“Diharapkan sumbangan ini akan dapat membantu mereka menyediakan menu makanan yang berkhasiat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI