fbpx

Tak salah lepaskan amarah, tekanan dalam media sosial – Beto Kusyairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BETO KUSYAIRY

PETALING JAYA – Dalam keadaan terdesak sekarang, ramai orang dilihat menggunakan platform media sosial masing-masing bagi melepaskan perasaan lebih-lebih lagi ketika negara sedang berperang dengan pelonjakan angka kes Covid-19.

Pelakon Beto Kusyairy berpendapat, tidak salah sekiranya seseorang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk melepaskan amarah dan tekanan yang terbuku dalam dada.

Perkara berkenaan diutarakan Beto atau nama lengkapnya Nurkusyairy Zakuan Osman dalam InstaStory beberapa jam lalu.

Dalam perkongsian berkenaan, pelakon telefilem Pemuja Kubur itu menegur tindakan sesetengah pihak yang tidak bersetuju melihat ramai orang gemar meluahkan perasaan negatif dan marah dalam media sosial.

“Orang yang tiap malam kenyang dan nyenyak dalam pendingin hawa, ribu-riban masih dalam akaun, tak sama dengan yang tiap malam menyangkung di tepi sudut memikirkan mana lagi nak dicekau. Untuk letak makanan atas meja buat anak bini esoknya.

TANGKAP layar luahan Beto dalam Instagram.

“Ditambah segala bil dan hutang-hutang. Ramai kawan-kawan kita sedang tertekan. Setuju kepada Tuhan kita mengadu dan memohon, tetapi media sosial juga boleh dijadikan tempat buat melepas amarah dan tekanan yang terbuku,” tulisnya.

Tambah Beto, 41, pada waktu cukup menyesakkan ini, sudah banyak kes gantung diri dan terjun bangunan berlaku saban hari, maka tidak salah jika cari jalan dengan meluahkan daripada terus memendam.

“Mudah-mudahan mendapat sedikit perhatian atau lebih baik bantuan daripada kawan-kawan. Bukan diperlekeh dan dibahasakan.

“Bagaimana nak ‘beri sumbangan’ bila keluarga dan diri berkeadaan genting? Jadi biarlah mereka meluahkannya di sini. Awak patut lebih tahu. Sepatutnyalah,” katanya lagi.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, negara mencatatkan peningkatan kes bunuh diri selain kemurungan dan masalah kesihatan mental yang lain.

Sebanyak 266 kes kematian berpunca daripada bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lepas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI