fbpx

Sesi perjumpaan khas banduan bersama keluarga ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Penjara Malaysia hari ini memaklumkan tentang penangguhan kepada semua perjumpaan khas keluarga bersama banduan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2021 di semua penjara sebagai langkah mencegah penularan Covid-19.

Menerusi satu kenyataan, jabatan berkenaan memaklumkan walaupun tidak dibenarkan berjumpa, pihaknya membenarkan serta memberikan keutamaan kepada penggunaan sidang video melalui e-mel jabatan ‘Icewarp’ bermula 21 hingga 25 Julai ini.

“Penggunaan kaedah tersebut hanya dibenarkan kepada keluarga yang membuat tempahan dan hanya satu panggilan sahaja dibenarkan bagi memberi peluang kepada penghuni lain.

“Tempahan bagi menggunakan perkhidmatan sidang video berkenaan boleh dibuat mulai hari ini menerusi panggilan telefon atau menghantar emel juga surat kepada penjara berkenaan,” katanya hari ini.

Katanya, penjara-penjara berkaitan akan menetapkan tarikh perjumpaan dengan tempoh masa bergantung kepada situasi semasa penjara berkenaan.

“Para banduan juga dibenarkan menggunakan kemudahan telefon prabayar yang disediakan untuk menghubungi keluarga sekiranya perlu.

“Maklumat lanjut berhubung sesebuah penjara boleh didapati di laman web Jabatan Penjara Malaysia di www.prison.gov.my,” ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI