PETALING JAYA – Seluruh negara bakal beralih ke Fasa Kedua pada awal Ogos depan seperti lapan negeri lain.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu boleh dicapai susulan prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan kadar vaksinasi lengkap kini telah melepasi nilai ambang (threshold) 10 peratus yang ditetapkan untuk beralih dari Fasa satu ke Fasa dua.
“Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok.
“Indikator ini sejajar dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, lapan negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah berada di Fasa kedua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929