fbpx

Saya tak minta berlian, cukup jadi pendengar yang baik – Azar Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAR AZMI

PETALING JAYA – Ditanya pengikutnya dalam Instagram tentang ciri pasangan yang menjadi idamannya, pelakon Azar Azmi mendedahkan bahawa dia mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi seorang pendengar yang baik dan sentiasa memberinya semangat.

Perkara itu didedahkan Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 32, menerusi sesi soal jawab bersama pengikut yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

“Apa yang Azar inginkan daripada pasangan?” tanya seorang pengguna Instagram.

Menerusi jawapan yang diberikan, Azar berkata dia tidak mengharapkan lebih, cukup jika pasangannya itu sentiasa menyokongnya.

“Cukup bagi semangat kepada saya untuk terus berjuang dan sentiasa ada bila saya perlukan (jadi pendengar),” katanya.

Ujar pelakon drama Derita Untuk Bahagia itu lagi, dia tidak meminta pasangannya untuk memberikannya sebongkah berlian kerana berpendapat bahawa harta dunia boleh dicari bersama-sama.

“Kepercayaan dan hati yang tenang yang saya mahukan. Yang paling penting bila penat seharian bekerja, saya cuma mahukan seseorang untuk saya bercerita dan berkongsi segalanya bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, Azar memberitahu bahawa dia tidak mahu pasangannya gemar menghakimi orang lain sebaliknya mengharapkan lelaki tersebut adalah seseorang yang memiliki hati yang baik dan sentiasa positif.

Sekadar info, Azar sebelum ini mengakui sudah menemui pengganti, namun pengalaman putus tunang mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi perihal peribadi kepada umum.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, muncul khabar angin mengatakan bahawa dia kini sedang dalam fasa untuk mengenali hati budi selepas dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon, Hafreez Adam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI