fbpx

Rokok seludup bernilai RM3.2 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rokok yang dirampas PGA Briged Sabah dalam serbuan di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama kelmarin. -Foto IHSAN PGA

LAHAD DATU – Sebanyak 2.36 juta batang rokok putih serta 1.7 juta batang rokok jenis kretek pelbagai jenama bernilai lebih RM3.2 juta dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah dalam serbuan di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama kelmarin.

Dalam serbuan Op Kontraban kira-kira pukul 10 malam itu, semua rokok jenis kretek dan putih terbabit disembunyikan dalam sebuah gudang yang berkunci dan berpagar.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, seorang lelaki warga Indonesia berusia 56 tahun yang dipercayai penjaga gudang berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan ketika serbuan.

“Antara jenama rokok yang dirampas adalah Astro, Premium, Asatu, Tex dan Surya yang dipercayai dibawa masuk tanpa kelulusan dan cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Jumlah keseluruhan rokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM3,207,952 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI