fbpx

Pogacar optimis pertahan kelebihan kekal kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR (tengah) percaya dia mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya sebelum ini selepas memiliki kelebihan agak selesa berbanding pencabar terdekat, Uran. – AFP

PARIS – Juara bertahan, Tadej Pogacar yang mewakili UAE Team Emirates meluahkan keyakinan untuk mempertahankan kedudukan untuk memburu kejuaraan Tour de France selepas bergelar pendahulu ketika saingan perlumbaan bakal berakhir pada Ahad ini.

Sebagai rekod, pelumba kelahiran Slovania itu berjaya mendahului pelumba dari Colombia, Rigoberto Uran dengan kelebihan lima minit 18 saat ketika saingan memasuki peringkat ke-15.

Kata Pogacar, prestasi memuncak yang ditampilkannya sepanjang kejohanan berbasikal berprestij itu memungkinkan dirinya bakal diarahkan menjalani ujian doping sejurus perlumbaan berakhir nanti.

Bagaimanapun, pelumba berusia 22 tahun itu menafikan dirinya akan menipu dengan melalui jalan pintas semata-mata untuk mempertahankan kejua­raan yang telah dimenanginya sebelum ini.

“Saya adalah seorang anak yang baik dengan diberi pelajaran yang cukup oleh ibu bapa. Justeru, saya tidak akan menipu pada mana-mana kejohanan untuk melalui jalan pintas bagi mendapatkan status pendahulu.

“Jika diarahkan menjalani ujian doping, saya masih boleh terima lagi kerana ia adalah perkara normal dalam arena sukan berbasikal tetapi saya tidak boleh terima jika dilabel sebagai penipu.

“Apa yang pasti, saya kini berada dalam prestasi terbaik tetapi dalam masa yang sama tidak boleh mengambil mudah kerana saingan masih berbaki enam pe­ringkat yang memberi cabaran tersendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI