PETALING JAYA – Mungkin kerana terlalu ‘bosan’ berkurung semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai bahan gurauan termasuk gambar, poster, peta yang sudah disunting berlegar di media sosial.
Terbaharu, tular di laman Twitter sebuah poster ‘Train to Perlis’ dan sebuah foto yang menggambarkan negeri Perlis telah dilindungi oleh sebuah tembok besar seolah-olah seperti Great Wall of China.
Jenaka itu sahaja dibuat bagi menggambarkan bahawa negeri itu kini ‘hampir menang’ dengan ‘peperangan’ bersama Covid-19 selepas mencatatkan sifar kes semalam serta cuba menghalang wabak itu kembali ke negeri paling utara Semenanjung itu.
Kedua-dua gambar tersebut dimuat naik pengguna @khairul_hafidz memaparkan gambar sebenar ‘Train to Busan’ diedit menjadi ‘Train to Perlis’.
Manakala, gambar kedua adalah sebuah perkampungan anime yang popular, ‘Attack on Titan’ yang dilindungi tembok yang besar bersama kapsyen ‘Perlis, Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN)’.
Rata-rata pengguna laman Twitter terhibur melihat poster tersebut dan masing-masing mahu berpindah ke Perlis setelah melihat negeri itu sering menunjukkan kes sifar Covid-19 di Malaysia.
“Tiba-tiba saya nak jadi orang Perlis tengok gambar-gambar ni. Warganegeri Perlis, masih ada kosong lagi tak? Seloroh pengguna bernama @seketulawan.
“Saya tabik dengan kerajaan negeri Perlis. Walaupun satu 1 kes, mereka sudah lakukan ‘lockdown’. Mereka cepat tangani kes dari terus merebak dan meningkat. Sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tiada langsung sekatan jalan raya di sana. Terbaik, Perlis,” puji @sa_kinn_ah bangga.
“Teringat dulu orang selalu kutuk Perlis kecil sangat sebab tu tiada lapangan terbang. Sekarang, nampak dah untungnya tiada lapangan terbang,” kata pengguna @Monyuulah.
“Nak masuk ramai-ramai ke Perlis ni muat ke? Baru tambah 10 orang, dah bertemu bahu dengan bahu dah,” gurau @frdudee di ruangan komen. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929