fbpx

Pengurus Felda antara direman kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA individu termasuk seorang pengurus Felda di Perak direman empat hari untuk siasatan kes rasuah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang pengurus Felda di negeri ini antara lima individu yang direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek bernilai hampir RM40,000 sejak 2019 hingga tahun lalu.

Pegawai itu bersama seorang pembantu tadbir dan tiga kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk permohonan reman.

Mereka yang berusia antara 30 hingga 60 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.30 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Majistret Mohammad Afifi Mohammad Deen membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman kelima-lima suspek bermula hari ini hingga 17 Julai depan.

Difahamkan, mereka ditahan bagi membantu siasatan memberi dan menerima rasuah antara RM5,000 hingga RM10,000 berkaitan kelulusan kerja-kerja di bawah peruntukan RM5,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan ladang.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI