IPOH – Usaha pemulihan sektor pelancongan di negeri ini sedang giat dijalankan termasuk di Pulau Pangkor oleh kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).
Terkini, ialah pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan (PICK) yang dijangka bermula pada 16 Julai dengan objekif untuk mencapai imuniti kelompok penduduknya.
Tourism Perak Management Berhad dalam satu kenyataan memberitahu, ia mensasarkan seramai 6,500 orang atau 80 peratus daripada seluruh penduduk Pulau Pangkor.
Menurut kenyataan tersebut, program seumpama ini juga sedang dilaksanakan di Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman.
“Vaksinasi dilakukan di Klinik Kesihatan Pulau Pangkor tiga kali seminggu dengan purata 540 orang penduduk menerima suktikan sehari.
“Lanjutan daripada program imunisasi tersebut, kerajaan Perak bersama Motac dalam perancangan menjadikan Pulau Pangkor sebagai Destinasi Bebas Covid-19 untuk memberikan keyakinan pada pelancong,” ujar kenyataan tersebut.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929