fbpx

Pelajar STPM terima vaksin dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR – Pelajar yang akan menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pihaknya bagaimanapun belum mempunyai tarikh khusus berhubung perkara tersebut.

“Secara umumnya, perkara itu (suntikan vaksin pelajar menduduki peperiksaan) sememangnya sudah dalam perancangan kita untuk mereka disegerakan pemberian vaksin.

“Namun, tarikh khusus mengenai pelaksanaan suntikan tersebut masih tidak ada, tetapi ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan 2020 di sini hari ini.

Menurutnya, calon STPM yang belum mencapai umur 18 tahun mengikut tarikh lahir akan tetap dibenarkan mengambil suntikan.

“Walaupun tarikh lahir di kad pengenalan masih belum cukup 18 tahun tetapi dari segi tahun sudah berumur 18 tahun, mereka akan menerima vaksin dengan syarat mendapat kebenaran ibu bapa,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI