fbpx

PDRM siasat dakwaan terdapat penambahan slot janji temu vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapatnya penambahan slot janji temu bagi vaksinasi Covid-19 yang mengakibatkan lebihan penerima berbanding vaksin diperuntukkan oleh kerajaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan dijalankan selepas PDRM menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di ibu negara.

“Berdasarkan laporan polis yang diterima, pengadu mendakwa wujud lebihan penerima vaksin yang tersenarai di dalam sistem MySejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntukkan kepada PPV berkenaan.

“Siasatan berhubung perkara itu dibuat di bawah Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 dan pihak polis sedang dalam tindakan mengambil keterangan daripada beberapa orang saksi berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohd. Kamarudin berkata, siasatan masih di peringkat awal dan orang ramai digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan.

“Selaras dengan usaha untuk memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjaya direalisasikan, orang ramai dinasihatkan agar dentiasa memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada pihak kerajaan.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk mensabotaj program yang sedang dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu ataupun sebaliknya,” tegas beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI