fbpx

Mungkin Olimpik terakhir – Liu Ying

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIU YING mempunyai peluang terakhir untuk mencatat sejarah meraih emas pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Jepun, 23 Julai ini.

SUKAN Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan mungkin menjadi pentas Olimpik terakhir buat pemain badminton beregu campuran negara, Goh Liu Ying.

Justeru, Liu Ying dan Chan Peng Soon yang kini menghuni ranking ketujuh dunia bertekad memberikan prestasi terbaik demi mengharumkan nama negara seperti dilakukan ketika meraih pingat perak pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Pemain berusia 32 tahun dari Melaka itu juga mengakui, semangat dan motivasinya kini berada pada tahap cukup tinggi selepas terpilih sebagai pembawa Jalur Gemilang ke O­limpik Tokyo 2020 nanti.

“Jujur saya tidak sangka akan jadi pembawa Jalur Gemilang. Saya rasa sangat berbangga dan bermakna sepanjang karier kerana mungkin ini adalah Olimpik terakhir saya.

“Namun, saya tidak anggap ini sebagai tekanan, sebaliknya motivasi kerana tentunya kali ini ramai menjangkakan kita boleh dapat (pingat) emas.

“Kami juga tidak jangka dapat masuk final pada Olimpik terdahulu. Kami ambil langkah demi langkah tetapi paling penting adalah perlu ada kekuatan mental dan pemikiran yang bagus,” katanya.

Pada masa sama, Liu Ying menganggap undian pe­ringkat kumpulan adalah seimbang buat semua pemain walaupun mereka diundi dalam Kumpulan D bersama pilihan kedua kejohanan dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping.

Dua lagi pencabar lain buat Liu Ying-Peng Soon di Plaza Sukan Musashino Forest nanti adalah ranking ke-11 dunia dari Taiwan, Tan Chung Man-Tse Ying Suet dan wakil Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich.

“Saya rasa semua kumpulan sebenarnya agak seimbang kerana empat teratas (ranking dunia) yang konsisten. Sekarang siapa kondisi terbaik dengan mental yang bagus sahaja (ada peluang),” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI