fbpx

Malakoff meterai perjanjian bersama enam anak syarikat DRB-HICOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff) menerusi anak syarikatnya, Malakoff Radiance Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) bersama enam syarikat di bawah Kumpulan DRB-HICOM melibatkan pembangunan sistem tenaga solar atas bumbung.

Syarikat terlibat ialah CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., HICOM Automotive Manufactu­rers (Malaysia) Sdn. Bhd., Isuzu HICOM (M) Sdn. Bhd., HICOM Teck-See Manufacturing Sdn. Bhd., HICOM Bhd. serta Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.

Kemudahan solar itu akan dipasang menerusi konsep bina-miliki-operasi-pindah (BOOT) di bawah kontrak SPPA selama 25 tahun.

Setelah siap, ia dijangka mampu menjana 18,836 megawatt jam (MWh) tenaga elektrik bersih setahun, yang secara kolektif mampu menaturalisasikan sekitar 13,072 tan pelepasan karbon.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, perjanjian berkenaan memperlihatkan komitmen syarikat untuk memperluaskan portfolio penjanaan tenaga boleh diperbaharui (RE).

“Kami memiliki kapasiti untuk bekerjasama dengan sebarang entiti perniagaan bagi pemasa­ngan sistem solar atas bumbung.

“Kami optimis terhadap pertumbuhan segmen ini ketika semakin banyak bisnes sedang berusaha menangani isu global melibatkan perubahan iklim.

“Malakoff sendiri sedang menjalankan transformasi ke arah nyah karbon dan projek seperti ini membolehkan kami mencapai status karbon neutral, sebelum ke arah pelepasan karbon sifar menjelang 2050,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Malakoff baru-baru ini telah memperoleh projek solar atas bumbung daripada AEON Co. (M) Bhd. dan pemain industri logistik seperti Northport (M) Bhd., Johor Port Berhad dan Pos Malaysia Berhad.

Sekiranya semua projek ini digabungkan, ia mampu menjana 33,243 MWh tenaga setahun dan menaturalisasikan 23,070 tan pelepasan karbon setahun.

Selain projek solar atas bumbung, Malakoff berhasrat berkembang kepada penjanaan RE lain seperti stesen hidro mini, sampah kepada tenaga dan loji kuasa biogas di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI