fbpx

Luluh hati bawa pesakit termuda bayi 19 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu dan bayinya berusia 19 hari terpaksa dibawa ke pusat kuarantin selepas kedua-duanya positif.

PETALING JAYA – Luluh hati orang ramai apabila melihat sebuah klip video yang dikongsi oleh seorang ‘frontliner’ yang terpaksa membawa seorang wanita bersama bayinya ke sebuah pusat kuarantin selepas kedua-duanya positif Covid-19.

Lebih menyayat hati, bayi itu baharu sahaja berusia 19 hari, namun kedua-duanya telah disahkan positif Covid-19.

Klip video berdurasi satu minit lima saat itu telah dikongsi di laman TikTok seorang pengguna yang dikenali sebagai @azrulindahouse1.

Menerusi video itu juga, kelihatan beberapa orang ahli keluarga mangsa turut sebak sebaik sahaja ambulans yang tiba di pekarangan rumah mangsa.

Menurut frontliner yang juga pemandu ambulans, kejadian itu adalah satu sejarah sepanjang dia bertugas sebagai petugas kesihatan untuk membawa pesakit positif Covid-19 ke pusat kuarantin.

“Aku dapat kes pesakit paling muda, bayi berumur 19 hari dan ibunya belum sampai 30 hari pun berpantang bersalin. Kedua-duanya didapati positif Covid-19.

“Sedih, rasa menusuk ke kalbu dan menikam hati, melihat bayi sekecil ini dan ibunya di duga sebegini. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan kepada ibu dan bayinya semula,” tulisnya pada klip video tersebut.

Susulan kejadian itu, rata-rata orang ramai turut berkongsi perasaan hiba yang dialami wanita dan bayi itu dan pada masa sama mereka mendoakan agar kedua-duanya cepat sembuh.

“Semoga dipermudahkan urusan ibu n anak, juga kepada frontliners, semoga mereka diberi kesihatan yang baik, bertahanlah,” tulis Lilik Aqua.

Turut menitipkan doa pada ruangan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Zack Kiflie

“Allaahuakbar, mengalir air mata melihat anak kecil yang tak berdosa ini. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ibu dan anak ini serta seluruh muslimin dan muslimat.

“Kau jauhkan penyakit yang berbahaya ini kepada kami. Amiin,” doanya.

Pada masa sama, ada juga pengguna yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 turut berkongsi pengalaman di ruangan komen.

“Sebagai bekas pesakit covid saya faham perasaan orang yang positif Covid, semoga tabah hadapi ujian dari Allah.

“Semoga cepat sembuh,kesihannya kat ibu berpantang dan baby, Allah uji,” ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI