fbpx

Lari tinggalkan rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan penyeludup yang terbabas ke dalam longkang di pekan Kunak awal pagi tadi. -Foto: IHSAN PGA-

KUNAK – Cubaan seorang lelaki menghantar rokok seludup gagal apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam longkang di pekan Kunak awal pagi tadi.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu sedang melakukan operasi Op Kontraban terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 3 pagi.

“Pasukan operasi yang bertindak atas arahan Pegawai Pemerintah Batalion 17 Lahad Datu, Superintendan Rajab Ahad Ismail kemudiannya cuba menahan kenderaan terbabit namun pemandu berkenaan bertindak memecut kenderaannya ke arah Kampung Bagiang, Kunak.

“Pasukan operasi terus mengekorinya sebelum kenderaan dipandu suspek terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terbabit mendapati pemandu sudah melarikan diri namun terdapat sebanyak 14 plastik hijau berisi pelbagai jenis rokok disyaki rokok seludup ditemui dalam kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, semua rokok seludup dan kenderaan yang dirampas dianggarkan bernilai RM79,680 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI