fbpx

Keluarga tinggal dalam kontena berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daud (kiri) menyerahkan duit sewa rumah kepada Shahrunizam yang sudah berpindah daripada kabin yang sejak Isnin.

IPOH – Lima sekeluarga yang tinggal di dalam sebuah kontena di Bagan Serai selepas rumah mereka terbakar tahun lalu sudah berpindah ke rumah sewa.

Mereka ialah Shahrunizam Jamhari, 49, dan isterinya, Zanariah Mar, 47 serta tiga anak mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan berusia 10 hingga 15 tahun.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan memaklumkan, keluarga berkenaan sudah berpindah ke rumah sewa yang disediakan pihak MAIPk sejak Isnin lalu.

Kata kenyataan itu, Pegawai Baitulmal Daerah, Daud Shehamy telah berjumpa dengan Shahrulnizam sekeluarga semalam bagi menyampaikan duit sewa rumah kepada beliau.

“Keluarga berkenaan pernah menerima bantuan bina rumah dua bilik daripada MAIPk pada 2015.

“Bagaimana pun kediaman mereka musnah dalam kebakaran 24 Julai tahun lalu dan Shahrunizam telah hadir ke pejabat MAIPk Bagan Serai untuk memohon semula bantuan bina rumah,” ujar kenyataan tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI