PUTRAJAYA – Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini membuat keputusan sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Sokongan barisan Menteri Kabinet itu dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini.
Kenyataan itu berkata, Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira
pandangan semua pihak.
“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19,” katanya. -K! ONLINE