fbpx

Jangan risaukan bapak, teruskan kerja bantu orang lain – Pesanan akhir bapa Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAPA pendakwah terkenal, Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia di Hospital Gleneagles petang semalam dan selamat dikebumikan Muadzam Shah, Pahang.

PETALING JAYA – Harta yang paling bernilai dalam dunia bukanlah kemewahan tetapi waktu singkat bersama orang tua tersayang.

Selepas kehilangan bapa tercinta, Ibrahim Lew yang dijemput menghadap Ilahi semalam, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi luahan syahdu dan rindu menerusi satu perkongsian dalam Instagram.

Kata Ebit atau nama lengkapnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, antara yang tersemat dalam fikiran ialah pesanan terakhir Allahyarham bapanya iaitu teruskan usaha membantu orang dalam kesusahan.

“Ya Allah, rindunya. Sangat rindu. Pesan akhirnya buat saya; Ebit jangan risaukan bapak ya, teruskan kerja bantu orang lain. Teruskan dakwah dan buat baik.

“Bapak tak pernah nak apa-apa. Tak nikmati hidup ini pun. Semuanya diberi kepada orang lain,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Ebit membuatkan hati orang ramai tersentuh apabila berkongsi video menyaksikan dirinya sendiri menguruskan jenazah Allahyarham bapanya sedari dalam van jenazah, mengimamkan sendiri solat jenazah dan sehinggalah sampai ke liang lahad.

“Ya Allah, ampuni dan redalah atasnya. Hadiahkan syurga Firdaus buatnya. Jadikanlah ini semua asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. Insya-Allah nanti kita jumpa dan bersama semula di sana,” tulis Ebit.

Semalam, Allahyarham Ibrahim Lew menghembuskan nafas terakhir disebabkan penyakit kanser perut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI