fbpx

Ibadah korban di Negeri Sembilan ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (JMNS) membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan korban tahun ini kerana dibimbangi memberi mudarat tidak terkawal ekoran penularan COVID-19 yang masih tinggi di negeri ini.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, penangguhan itu berkuatkuasa di seluruh negeri dan ia sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
.
“Data menunjukkan bahawa penyebaran virus COVID-19 di Negeri Sembilan amat tinggi sehingga boleh mewujudkan kemudaratan yang tidak terkawal.

“Berdasarkan keadaan itu, ibadah korban di seluruh Negeri Sembilan ditangguhkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara itu turut dikemukakan kepada Datuk Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin.

Dalam pada itu, beliau berkata, solat sunat Aidiladha pula dibenarkan hanya membabitkan 12 orang ahli jemaah yang terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid atau surau Jumaat seperti yang sedang dilaksanakan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI