fbpx

Hanya mangsa tampil buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan pergaduhan pengguna jalan raya di Pasir Tumboh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Polis masih menunggu laporan polis oleh orang ramai dalam insiden pukul-memukul di tepi jalan di Jalan Pasir Tumboh yang menjadi tular di media sosial semalam.

Pihak polis meminta mereka yang menyaksikan atau merakam kejadian tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan mendapati, mangsa didatangi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita yang membunyikan hon terhadapnya.

Berita berkaitan: Bertumbuk tepi jalan di Pasir Tumbuh

Kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam itu berlaku ketika mangsa yang berusia 30 tahun berjalan kaki pulang dari tempat kerjanya di Lundang di sini telah dipukul sekumpulan yang menaiki kereta Perodua Alza itu.

“Mangsa telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian di sini pada pukul 9.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Abdul Rahim, kes disiasat Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Semalam tular sekumpulan lelaki termasuk seorang wanita bersanggul memukul seorang lelaki di tepi jalan di Jalan Pasit Tumboh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI