fbpx

Guna dua lot tanah kerajaan bayar pada kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Saksi ketiga memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa bayaran bagi kos kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) yang dijelaskan kepada kontraktor dibuat menerusi pemindahan dua lot tanah bagi pembinaan projek pembinaan jalan-jalan utama di negeri itu 10 tahun lalu.

Bekas Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam Pulau Pinang Lim Hock Seng, 73, berkata bayaran itu tidak dibuat secara tunai kepada kontraktor tersebut sebaliknya dibuat melalui pemindahan dua lot tanah milik kerajaan.

“Lot 702 dan 713 dikenalpasti untuk dibayar kepada kontraktor bagi kerja yang telah disempurnakan dan pekaan perincian awal (PDD),” katanya.

Ketika ditanya, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin adakah kedua-dua lot tanah itu milik Lim Guan Eng, saksi itu menjawab tanah itu (dua lot terbabit) milik kerajaan Pulau Pinang dan bukan milik Guan Eng.

Sementara itu, Hock Seng ketika membaca pernyataan saksinya memberitahu pada 26 Januari 2011 dia telah hadir pada satu mesyuarat di Tingkat 28, KOMTAR Pulau Pinang pada pukul 2 petang.

“Dalam mesyuarat itu, Ketua Menteri (Guan Eng) telah memaklumkan bahawa sebuah syarikat swasta sedang menerokai cadangan untuk membina sebuah terowong di Pulau Pinang dan bercadang untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan kerajaan negeri, ” katanya.

Ujarnya, sejurus mendapat arahan daripada mesyuarat itu, dia kemudian telah meminta seorang jurutera dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk menyediakan satu kertas kerja bertajuk “Perancangan Link Ketiga Pulau Pinang, Jalan Lingkaran Dalaman Georgtown dan Jalan Pintas (By-Pas), Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong EU, ke Air Itam Pulau Pinang.

Beliau turut mengesahkan telah menghubungi wakil Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (BUCG), iaitu Zarul dan Lee Chee Hoe serta jurutera dari MPPP tersebut untuk berbincang berkaitan dengan pembinaan.

“Syarikat itu (BUCG) telah meminta supaya MOU ditandangani dengan secepat mungkin selain cadangan MOU diteliti oleh Datuk Penasihat Undang-undang Negeri (PUN) yang tidak mendatangkan sebarang kos kepada kerajaan negeri,” katanya lagi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung lagi esok. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI