fbpx

Gergasi Merah beralih stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Selangor FC diyakini mendapat semula rentak selepas mencatat kemenangan bergaya ke atas Sarawak United pada saingan Liga Super minggu lalu.

PASUKAN Selangor FC telah mengambil keputusan untuk menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak sebagai venue tuan rumah sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di negeri ini dilanjutkan.

Sebagai rekod, pihak kerajaan telah menetapkan hampir keseluruhan daerah dan mukim di Selangor menjalani perintah PKPD selama dua minggu yang akan berakhir pada 16 Julai ini.

Susulan itu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengarahkan beberapa pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang termasuk skuad Gergasi Merah untuk mencari alternatif baharu memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga M) akan bersambung minggu depan.

Pengurus pasukan Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, pihak pengurusan sudah mengenal pasti venue yang sesuai untuk dijadikan stadium tuan rumah bagi menggantikan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Kita belum tahu sama ada status PKPD di Selangor akan dilanjutkan atau sebaliknya tetapi kami tetap melakukan persediaan awal jika situasi yang sama berterusan dengan tidak dapat menggunakan Stadium MBPJ.

“Justeru, pengurusan sepakat untuk menjadikan Stadium MP Manjung di Perak sebagai venue tuan rumah bagi pasukan Selangor dan skuad Liga Premier, Se­langor 2.

“Saya rasa ia tidak akan menjadi masalah yang besar memandangkan saingan akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton dan saya harap pemain akan tetap memberi fokus sepenuhnya di atas padang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain Selangor, pasukan Pe­taling Jaya City (PJ City), UiTM FC , Skuad Projek FAM-MSN dan Negeri Sembilan FC turut terjejas dengan arahan PKPD yang ditetapkan oleh kerajaan.

Namun, skuad Kuala Lumpur City (KL City) dan PDRM FC boleh beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kerana lokasinya tidak termasuk dalam PKPD lokaliti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI