fbpx

Dua juruteknik rugi RM23,000 ditipu pinjaman tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Dua juruteknik berputih mata apabila wang mereka lebih RM23,000 lesap selepas dipercayai diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud dalam dua kejadian berasingan di Kepala Batas semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 39 dan 29 tahun itu yang mendakwa ditipu individu yang menawarkan pinjaman menerusi aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

Beliau berkata, mangsa berusia 39 tahun yang mahu membuat pinjaman RM35,000 dihubungi oleh seorang individu kononnya ejen bank yang memintanya memasukkan wang bayaran pengaktifan akaun terlebih dahulu.

“Mangsa kemudiannya melakukan 11 transaksi ke dalam tujuh akaun berbeza membabitkan wang berjumlah RM19,169.50 sebelum mengesyaki dia ditipu.

“Sementara itu, seorang lagi mangsa yang mahu membuat pinjaman RM20,000 kerugian RM4,000 selepas diperdaya sindiket penipuan menggunakan modus operandi sama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, kedua-dua mangsa membuat laporan polis semalam selepas belum menerima wang pinjaman yang dijanjikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI