fbpx

5 sahabat didakwa ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelima-lima sahabat berbincang bersama Mohd. Fared sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini. Foto NUR ALINA HASSAN

BATU PAHAT – Lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan aktiviti terlarang dengan menyertai perhimpunan tanpa memakai pelitup muka pada 13 Mei lalu.

Tiga tertuduh, Nur Muhamad Afif Norazam, 23, Mohammad Faizul Naim Ahmad, 23, dan Muhamad Al Azim Abd. Rasid, 19, merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Manakala dua lagi, Muhammad Farhan Mhd. Basri, 22, dan Muhammad Hafizulhilmi Zailan, 23, adalah penganggur.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Syafiq Mustaza.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka dituduh melakukan aktiviti terlarang dengan menyertai perhimpunan tanpa memakai pelitup muka di Persimpangan Lampu Isyarat Parit Raja, di sini, pada pukul 2 pagi, 13 Mei 2021.

Kawasan ini merupakan tempat dalam kawasan tempatan jangkitan yang bukan bertujuan untuk melakukan apa-apa perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Kelima-lima pemuda berkenaan dituduh di bawah Peraturan 9 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 17(1) peraturan yang sama.

Terdahulu, dalam prosiding yang dijalankan secara berasingan, Timbalan Pendakwa Raya, Hayatulwirdah Mohd. Yunos telah memohon agar tertuduh dikenakan jaminan bernilai RM6,000 bagi setiap seorang.

Mahkamah kemudian memutuskan jumlah jaminan sebanyak RM1,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh semula sebatan kes.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI