PETALING JAYA – Kira-kira 296 rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi bertuah apabila dipilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian dalam Program Salam Baitullah di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Menurutnya, Tabung Haji (TH) akan memberikan kursus kepada semua jemaah terlibat.
“TH akan memberikan kursus secara dalam talian berkaitan ibadah haji kepada semua jemaah terbabit.
“Malam esok, insya-Allah saya akan mengadakan temu bual dengan bakal haji rakyat Malaysia yang sedang berada di kota suci Mekah,” katanya.
Jelasnya lagi jumlah jemaah pada tahun ini melebihi daripada jumlah tahun lepas.
“Pada tahun lepas hanya lapan orang rakyat Malaysia di negara itu yang dapat menunaikan haji berbanding pada tahun ini seramai 296,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan, kerajaan Arab Saudi menegaskan ibadah haji hanya bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang berada di negara tersebut berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929