PUTRAJAYA – Angka kematian kekal pada tiga digit dengan 118 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 6,503 kes.
Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, angka aktif dengan kebolehjangkitan juga terus meningkat melepasi 100,000 dengan 101,359 kes termasuk 878 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 432 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Sebanyak 11,618 kes baharu dilaporkan dengan 26 daripadanya kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 867,567 kes.
“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 6,377 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 759,705 kes,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929