fbpx

11,618 kes, semua negeri catat jangkitan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 11,618 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Kes harian masih melebihi 11,000 dengan 11,618 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 867,567 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,051 kes diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 1,749 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 1,537 kes.

“Melaka pula (526 kes), Kedah (504 kes), Pahang (400 kes), Johor (396 kes), Sarawak (289 kes), Sabah (286 kes), Kelantan (236 kes), Pulau Pinang (210 kes), Terengganu (189 kes) dan Perak (164 kes).

“Selebihnya, Putrajaya (40 kes), Labuan (38 kes) dan Perlis (tiga kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI