fbpx

Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

PETALING JAYA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO berkuatkuasa serta merta.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyandang jawatan itu sebelum ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mohamad ketika ini menjalankan tugas sebagai Pengerusi “War Room” Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Saya amanahkan (Mohamad) sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuatkuasa serta merta.

“Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kedudukan Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi BN akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan pilihan raya yang melibatkan semua parti-parti komponen BN.

Kata beliau, UMNO merakam penghargaan dan terima kasih kepada Tajuddin yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI