fbpx

Susahnya nak jadi bintang filem – Radhika Madan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADHIKA MADAN

PELAKON Radhika Madan mengakui menjadi seorang bintang filem bukanlah suatu perkara mudah sebagaimana yang pernah disangkakan selama ini.

Memulakan karier seawal usia 17 tahun dengan membintangi drama televisyen, Radhika kemudiannya diberi peluang untuk membintangi sebuah filem bergandingan dengan aktor Vishal Bhardwaj.

Bagaimanapun ujar Radhika, dia mengalami tekanan teruk untuk mendapatkan rehat yang cukup selepas bergelar seorang bintang filem.

“Waktu bekerja sangat panjang sehingga saya tidak cukup tidur. Kesannya, saya mengalami penambahan berat badan yang mendadak sehingga berkilogram.

“Kemudian yang terdengar pula khabar angin bahawa tempat saya untuk membintangi beberapa buah filem akan digantikan dengan pelakon lain yang lebih kurus. Sejak itu saya mula mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam,” katanya.

Ujarnya lagi, dia pernah disaran untuk melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan bentuk badan yang menawan memandangkan terlalu banyak persaingan pelakon wanita yang ada dalam industri perfileman Bollywood.

“Saya tertanya-tanya sama ada saya tidak cantik? Tetapi saya tidak peduli dan hanya mahu menjadi diri sendiri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI