fbpx

Premis judi baru 10 hari beroperasi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis perjudian dalam talian yang baru beroperasi sejak 10 hari lalu di Setapak diserbu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh yang juga penjaga sebuah premis judi dalam talian ditahan dalam satu serbuan di Jalan Genting Klang, Setapak semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, lelaki tersebut berusia 25 tahun dan baru bekerja sejak 10 hari lalu.

“Siasatan awal mendapati, premis perjudian dalam talian berkenaan baru beroperasi sejak 10 hari lalu.

“Suspek juga ditawarkan gaji sebanyak RM1,500 sebulan dan bekerja dari pukul 8 pagi hingga 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya turut merampas 11 komputer riba, 11 tetikus, sebuah unit wiFi dan wang tunai RM160.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI