fbpx

Polis berkas doktor dalang sindiket dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dikenali dengan gelaran 'doktor' ditahan bersama dadah syabu dalam serbuan di Kampung Pasir, Sipitang. Foto: Ihsan IPD Sipitang

SIPITANG – Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun dikenali sebagai ‘doktor’ yang dipercayai dalang utama sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini pada 8 Julai lalu.

Dalam serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir sekitar pukul 11.30 pagi itu, turut diberkas dua lagi rakan suspek masing-masing berumur 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, serbuan dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang hasil risikan serta maklumat orang ramai.

“Serbuan di rumah terbabit menahan dua lelaki dan menemui paket plastik lutsinar pelbagai saiz di dalam satu kotak di atas meja. Risikan kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki dipercayai ahli rangkaian sindiket didalangi doktor berkenaan.

“Salah seorang yang ditahan dikenali dengan nama gelaran doktor atau ajak. Suspek berperanan sebagai pengedar dadah jenis syabu manakala dua lagi rakannya selaku ahli sindiket,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Katanya, suspek dipercayai mengedarkan syabu dalam bentuk set atau bal seberat 5.0 gram hingga 500 gram dengan harga RM20 hingga RM5,000 untuk pasaran di sekitar daerah itu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI