IPOH – Proses vaksinasi melibatkan komuniti setempat di daerah ini akan dipercepatkan berikutan pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) Klinik Briged Utara di Markas Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta yang mula beroperasi hari ini.
Jabatan Kesihatan negeri Perak telah memberikan kepercayaan dengan meluluskan serta melantik Klinik Briged Utara sebagai PPV yang juga pertama seumpamnya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd. Noh Khamis berkata, PPV berkenaan dikhususkan untuk pemberian vaksin pada seramai 1,472 ahli keluarga polis di dalam kem tersebut yang melibatkan PGA, Pusat Latihan PGA dan Komando 69.
Menurut beliau, PPV ini beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dengan jangkaan proses vaksinasi dos pertama dapat dihabiskan dalam tempoh dua minggu.
“Seramai 20 anggota PGA mengendalikan PPV ini dan mereka berpengalaman sebagai sukarelawan semasa membantu PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh secara sukarela dalam proses vaksinasi melibatkan petugas keselamatan barisan hadapan sebelum ini.
“PPV Klinik Briged Utara PGA menjadi PPV pertama dalam PDRM yang diuruskan sepenuhnya oleh petugas klinik sendiri dan vaccinator terdiri daripada penolong pegawai perubatan dn jururawat terlatih termasuk anggota-anggota perubatan briged ini,” ujarnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929