fbpx

Orang ramai dinasihatkan pergi ke CAC terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suasana di CAC Stadium Malawati semalam yang dikongsi KKM.

PETALING JAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan penduduk di Selangor supaya memilih lokasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) terdekat bagi mengelak kesesakan di Stadium Melawati Shah Alam.

Noor Hisham melalui Twitternya berkata, terdapat 12 lagi CAC yang dibuka di negeri itu iaitu masing-masing satu di daerah Klang dan Hulu Selangor serta 10 lagi di Gombak.

Berdasarkan infografik yang dikongsi, CAC daerah Klang terletak di Dewan Sukan Klang (Dewan Sri Andalas), manakala di Hulu Selangor pula terletak di Klinik Desa Ulu Yam Lama.

Sementara di daerah Gombak pula, orang ramai boleh mengunjungi CAC yang terletak di Klinik Kesihatan (KK) Kuang; KK Batu 8, KK AU2, KK Hulu Kelang, KK Taman Ehsan, KK Batu Arang, KK Sungai Buloh, KK Selayang Baru, KK Rawang dan KK Gombak Setia. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI