fbpx

Mahu cari kerja, wang RM48,879 pula dikebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shofee

PONTIAN – Seorang lelaki berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM48,879 melayang dalam sekelip mata setelah terpedaya dengan tawaran sebagai ejen e-dagang yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 26 tahun pada mulanya tertarik dengan iklan pekerjaan yang dikeluarkan di laman sosial Facebook.

Katanya, mangsa telah diminta untuk membuat pendaftaran melalui pautan yang diberikan suspek sebelum perlu memasukan wang tunai RM40,000 ke dalam akaun bank suspek bagi tujuan tersebut.

“Tergoda dengan komisen yang tinggi antara 10 peratus hingga 30 peratus menyebabkan mangsa memasukan wang tunai secara berperingkat ke dalam dua akaun bank suspek yang berbeza sehingga berjumlah kira-kira RM48,879.

“Merasa dirinya telah tertipu, mangsa telah membuat satu laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pontian, semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee, kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun selain sebatan dan denda. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI