fbpx

Lapan pekebun durian beri keterangan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pekebun yang hadir ke pejabat SPRM Raub bagi memberi keterangan, hari ini.

RAUB – Seramai lapan pekebun durian telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung isu penanaman durian di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui berkata, kesemua pekebun hadir di pejabat SPRM Raub bagi memberikan keterangan bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang ini.

“Kesemua pekebun terbabit memberikan kerjasama penuh dan memberikan keterangan dalam suasana yang baik.

“Tiada pekebun yang ditahan pihak SPRM setakat ini dan semua berjalan dengan baik,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, dalam isu ini kesemua pekebun terbabit turut diwakili peguam yang dilantik dalam berhadapan dengan isu berkenaan.

Kira-kira 15,000 pokok durian musang king yang ditanam di kawasan HSK Batu Talam dimusnahkan dalam masa sembilan hari Operasi Pamah sejak 3 Julai lalu.

Pada masa ini Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah memulakan aktiviti menanam pokok hutan yang dianggarkan berjumlah 20,000 pokok bagi menggantikan durian musang king. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI