fbpx

Lapan negeri berdepan ancaman ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lapan negeri berdepan ancaman ribut petir petang ini sekali gus menyebabkan beberapa kawasan di negeri terlibat bakal mengalami kejadian hujan lebat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri yang terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Bagi negeri di Kedah melibatkan kawasan di Langkawi; Pulau Pinang di Barat Daya dan Timur Lautnya; Perak pula di Kerian dan Larut, Matang dan Selama; Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang; manakala kawasan di Pahang di Rompin sahaja.

“Selain itu turut terlibat sama di negeri Johor di Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru; Sarawak di Limbang; akhir sekali di Sabah di Pedalaman (Tambunan), Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud serta Sandakan (Kinabatangan),” katanya menerusi status yang dimuat naik MetMalaysia di laman sosial rasminya tadi.

Jelasnya lagi, ribut petir dan hujan lebat itu dijangka berlaku sehingga pukul 4 petang hari ini. – K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI