fbpx

KPT, Makuma bangunkan modul kesihatan mental mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi pembelajaran secara dalam talian kini menjadi norma baharu bagi pelajar universiti ketika pandemik Covid-19. – GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti Awam (Makuma) kini dalam proses membangunkan satu modul kesihatan mental pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menangani tekanan, kemurungan dan kebimbangan.

KPT dalam satu kenyataan berkata, pihaknya prihatin dan mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah Nurul Natasya Ezreen Azemi, 22, dan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang, Muhammad Adham Hazim Mohd. Rizaini, 21, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Kementerian itu memaklumkan pihaknya juga prihatin dengan kekangan dan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dan tenaga pengajar dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) sepanjang tempoh pandemik yang mencabar ini.

“KPT berharap dengan adanya modul ini nanti, ianya boleh digunakan sebagai garis panduan kepada pegawai di IPT bagi menangani kes kesihatan mental di universiti melibatkan mahasiswa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, KPT berkata, satu kajian terhadap keberkesanan PdP dalam talian dan penambahbaikan juga sedang dilaksanakan.

“Pihak kementerian memandang serius pelaksanaan PdP secara dalam talian dan sentiasa mengambil berat bagi menambah baik proses pembelajaran ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kematian dua orang pelajar UiTM dalam dua kejadian berasingan di Kuala Nerus, Terengganu dan di Merbok, Kedah dan masing-masing pada 9 dan 11 Julai lalu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI