PEKAN – Walaupun sudah diberi notis penutupan operasi sebulan lalu, kontraktok pembinaan sebuah kilang di Paloh Hinai di sini tetap berdegil sehingga terpaksa diberikan notis penutupan kali kedua.
Tindakan itu diambil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pahang selepas menyerbu tapak pembinaan kilang terbabit bersama lima agensi lain, hari ini.
Pengurus CIDB Pahang, Shahril Mohd Poad berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis penutupan operasi pembinaan kilang berkenaan pada 13 Jun lalu kerana tiada kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Namun pemantauan mendapati, kerja pembinaan kilang ini tetap berjalan dan kita terpaksa melaksanakan operasi bersepadu hari ini,”katanya di sini, hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929