fbpx

Kawalan sempadan dipertingkat menjelang Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan beras daripada MADACorp kepada Kamarul Zaman di Menara Peladang hari ini.

ALOR SETAR – Polis terus meningkatkan kawalan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dekat sini hingga kawasan sempadan Perlis bagi mengelak kegiatan penyeludupan barang larangan termasuk haiwan korban menjelang Hari Raya Aidiladha.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kawalan lebih ketat akan dilakukan di lokasi yang disyaki menjadi laluan penyeludupan termasuk lorong tikus.

Katanya, pihaknya juga akan meneliti semula aspek penugasan di kawasan tersebut bagi memastikan kawalan dilakukan dengan berkesan.

“Terdapat beberapa pagar (di kawasan sempadan) yang dipotong tetapi ia telah dibetulkan semula.

“Bagaimanapun kumpulan penyeludup ini dipercayai akan terus mencari peluang terutamanya menjelang dan semasa hari raya korban nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Covid-19 Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn. Bhd. (MADACorp) di Ibu Pejabat MADACorp di Menara Peladang di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI