fbpx

Jumlah suntikan vaksin melebihi 400,000 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hisan

PETALING JAYA – Sejumlah 421,479 dos suntikan vaksin Covid-19 berjaya diberikan semalam dan ia merupakan jumlah tertinggi pernah diberikan dalam sehari sepanjang Program Imunisasi Kebangsaan (PICK).

Menerusi hantaran di laman Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 264,034 dos pertama dan sejumlah 157,445 adalah untuk pemberian dos kedua.

Beliau berkata, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lalu.

Menurutnya, perkembangan itu membolehkan negara mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat dan seterusnya dapat kembali kepada kehidupan normal seperti sedia kala.-K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI