fbpx

Jim Furyk tambah koleksi kejuaraan Jelajah PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FURYK ceria memegang trofi kejuaraan selepas memenangi Terbuka Senior AS di Omaha Country Club, Nebraska semalam. – AFP

OMAHA, Amerika Syarikat – Juara 17 kali Jelajah PGA, Jim Furyk melakukan kejutan apabila memenangi Kejuaraan Terbuka Senior Amerika Syarikat (AS) dengan kelebihan tiga pukulan untuk meraih trofi kemenangan di Omaha Country Club, Nebraska semalam.

Pemain golf kelahiran AS tersebut bekerja keras pada pusingan pertama sebelum menutup perlawanan tersebut dengan mengatasi Retief Goosen dan Mike Weir menerusi kelebihan tiga pukulan tujuh di bawah par 273.

Hasil kemenangan tersebut, Furyk menjadi pemain kelapan meraih kemenangan Terbuka AS dan Terbuka Senior AS bersama Jack Nicklaus, Arnold Palmer, Lee Trevino, Billy Casper dan Gary Player.

“Berada dalam senarai tersebut adalah satu pencapaian luar biasa dan saya tidak jangka untuk menjadi sebahagian dalam sejarah berkenaan.

“Dengan rasa rendah hati, saya sangat bangga kerana kini menjadi pemain kelapan untuk menjuarai dua kejohanan tersebut,” kata Furyk.

Furyk, 51, pernah menjuarai Terbuka AS pada 2013 di ­Olympia Fields, Chicago dan dia merupakan juara 17 kali Jelajah PGA, malah turut meraih dua kemenangan Jelajah PGA ketika usia 50 tahun.

Hasil kemenangan itu, ­Furyk dijangka membawa pulang hadiah wang tunai AS$720,000 (RM3.016juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI