fbpx

Jangan bimbang datang vaksin di IDCC esok -KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PUTRAJAYA – Orang ramai tidak perlu khuatir untuk hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) IDCC esok bagi mendapatkan vaksinasi masing-masing memandangkan pelbagai langkah bersesuaian termasuk program sanitasi dan penggantian petugas di PPV sudah dilaksanakan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kesemua individu yang sepatutnya menerima janji temu untuk vaksinasi hari ini sudah diberikan tarikh janji temu baharu.

Pada masa sama katanya, pihaknya turut mengasingkan semua petugas IDCC sebelum ini dan menukar dengan  pasukan petugas baharu sebagai langkah berjaga-jaga agar potensi untuk jangkitan dapat dikurangkan.

“Saya juga mengarahkan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) untuk melakukan pemantauan kualiti pengudaraan di PPV IDCC.

“CITF juga akan terus meningkatkan semua usaha untuk memastikan PPV IDCC adalah selamat bagi menerima kehadiran orang ramai untuk suntikan vaksin pada hari-hari seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau turut  mengarahkan PPV lain untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan tanpa sebarang kompromi.

“Kami sedang mempertimbangkan langkah yang lebih tegas di semua PPV lain dan ini akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI