fbpx

Jackie Chan mahu sertai Parti Komunis China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jackie Chan berhasrat untuk turut serta sebagai ahli Parti Komunis China. - Jason LaVeris/FilmMagic/NPR

BEIJING – Legenda filem aksi popular, Jackie Chan menyuarakan hasrat untuk menyertai Parti Komunis China sebagai membuktikan sokongannya kepada Beijing, lapor agensi berita Kyodo News semalam.

Sejak 2013, pelakon dari Hong Kong itu berkhidmat sebagai ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat China iaitu badan yang memberikan maklum balas dan nasihat berkaitan isu utama.

“Saya dapat melihat kehebatan yang ditunjukkan oleh parti pemerintah. 

“Mereka mengatakan bahawa mereka akan mengotakan apa yang dijanjikan dalam masa kurang dari 100 tahun, namun sebaliknya hanya mengambil masa beberapa puluh tahun.

“Saya ingin menjadi ahli parti (Parti Komunis China),” katanya seperti yang dipetik akhbar Global Times.

Jackie mendedahkan hasratnya dalam satu sesi simposium minggu lalu yang mengumpulkan penerbit-penerbit filem China untuk mendengar  pendapat mereka tentang ucapan Presiden Xi Jinping ketika sambutan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China pada 1 Julai lepas.

“Ucapan Jackie menggambarkan pemahaman lebih objektif dan rasional dalam kalangan golongan elit Hong Kong terhadap parti pimpinan Jinping,” kata beberapa pakar. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI