fbpx

Donnarumma akui semangat Itali kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DONNARUMMA (tengah) berjaya menafikan sepakan penalti kelima yang diambil Saka untuk memberikan kemenangan kepada Itali. – AFP

LONDON – Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma diangkat sebagai wira selepas membantu pasukan itu menewaskan England pada perlawanan akhir, Euro 2020 di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu menyelamatkan dua sepakan penalti daripada Jadon Sancho dan Bukayo Saka bagi membantu Itali menang 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Justeru, aksi mantap yang ditampilkan Donnarumma juga berjaya memastikan dia dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan, sekali gus menjadi penjaga gol pertama dalam sejarah Euro menerima pengiktirafan tersebut.

“Kami menampilkan aksi yang cukup menakjubkan serta tidak mudah mengaku kalah walaupun ketinggalan seawal minit kedua. Semua pemain bekerja keras dan kami berjaya melakukannya.

“Semua pemain tahu gol awal seperti itu mungkin boleh membunuh moral kami tetapi Itali bukanlah begitu. Kami adalah pasukan yang tidak mudah mengaku kalah,” katanya.

Pada masa sama, Donnarumma juga tidak selesa dibandingkan dengan penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon, namun dia sedia untuk menjadikan kemenangan itu sebagai pembakar semangat buat dirinya.

“Gigi (Buffon) adalah pemain terbaik di posisi tersebut, saya cuma mahu membantu pasukan dengan berikan aksi 100 peratus dalam setiap perlawanan. Kita tunggu dan lihat bagaimana karier saya selepas ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI