fbpx

Derita empat tahun tanpa gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi dengan bekerja selama hampir empat tahun tanpa dibayar gaji dan kerja lebih masa di sini semalam.

Mangsa berusia 26 tahun dari Medan itu diselamatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah selepas mendapat maklumat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner S. Suresh Kumar memberitahu, dalam serbuan itu, seorang wanita tempatan ditahan bagi membantu siasatan.

“Mangsa dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, mangsa disyaki dieksploitasi dengan bekerja hampir empat tahun tanpa dibayar gaji dan kerja lebih masa dengan pasport berada dalam simpanan majikan.

“Wanita terbabit diselamatkan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipemerdagangan Migran 2007 untuk diletakkan di rumah perlindungan menerusi perintah perlindungan interim,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI