fbpx

Budak enam tahun maut diseret lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JELI – Seorang kanak-kanak maut selepas diseret seekor lembu yang dipelihara bapanya dalam kejadian di Kampung Rahmat di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 petang itu, mangsa yang berusia enam tahun disahkan meninggal dunia sewaktu tiba di Hospital Jeli akibat kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, siasatan awal mendapati, bapanya yang berusia 29 tahun telah membawa mangsa ke kawasan rumput di Kampung Rahmat untuk membawa pulang lembu ke rumah petang semalam.

Katanya, bapa mangsa telah melepaskan ikatan tali lembu, namun tali tersebut dipercayai telah terbelit pada bahagian kaki mangsa.

“Lelaki itu cuba membuka ikatan tali tersebut, namun lembu tersebut terkejut sebelum bertindak melarikan diri.

“Insiden itu menyebabkan lembu berkenaan telah mengheret mangsa sejauh kira-kira 50 meter,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI