fbpx

Bergaduh dengan isteri, bakar kereta ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang terbakar dalam kejadian di Kampung Indah, Bahau di Jempol semalam. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang lelaki yang dipercayai bertindak membakar dua buah kereta milik keluarga isterinya ditahan tidak sampai 24 jam selepas melakukan jenayah itu di Kampung Indah, Bahau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, ibu mentua suspek yang berusia 47 tahun melihat menantunya membakar kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di hadapan rumah pada pukul 6.45 pagi.

Menurutnya, sebelum itu, wanita tersebut melihat menantunya mencurah cecair dipercayai petrol ke atas kain sebelum melempar ke arah kereta menyebabkannya terbakar.

“Dalam masa sama, ibu mentua suspek melihat sebuah kereta jenis Proton Satria yang berada di garaj turut terbakar.

“Suspek melarikan diri selepas menyedari tindakannya itu dilihat ibu mentuanya.

“Wanita itu kemudian meminta bantuan anak lelaki yang kebetulan datang ke rumah untuk memadamkan kebakaran sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, tadi.

Chang Hook berkata, ibu mentua suspek memaklumkan terdapat perselisihan faham antara suspek dengan isterinya dan mangsa telah pun membuat laporan polis.

Menurutnya, pihak forensik telah mengenal pasti botol yang mengandungi sisa cecair di tempat kejadian untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Kereta Perodua Kancil yang terbakar itu milik ibu wanita itu manakala Proton Satria pula milik kakak ipar mangsa.

Ujian urin mendapati suspek positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI